Friday, August 7, 2009

POLIGAMI & KECEMBURUAN WANITA


Saya cemburu kepadamu dari mataku dan diriku
Dan daripadamu dan daripada zamanmu dan tempat
Jika saya menyembunyikan kamu dlam mataku
Sehingga hari kiamat tidak mencukupkanku

Maksud syair di atas adalah terang dan tidak memerlukan penjelasan yang lebih terperinci.

Terdapat pepatah lama yang mengatakan:
Kenikmatan perempuan menurut ukuran syahwatnya, & kecemburuannya menurut ukuran cintanya

Ketahuilah wahai sahabat2 ku semua wanita WAJIB mengetahui bahawa poligami adalah sunnatullah dalam ciptaanNYA.

Bila ditanya orang kepada Umar, Berapa seorang mukmin itu berkahwin? Umar menjawab: 2 (Kaifah Tasbina Zaujah, hal.20)

Wanita yang berjaya adalah wanita yang dapat memberikan kedamaian kepada suaminya dengan kesakitan dan ratapan, dia rugi di dunia.(beringatlah, sesungguhnya kerugian di akhirat itu adalah kerugian yang nyata.

Contoh yang paling baik bagi wanita untuk mengedalikan kecemburuan adalah mengikut Hafsah binti Sirin:
Hafsah inti Sirin berkata: apa yang hendak dimalukan seorang perempuan apabila cemburu? Pada satu hari beliau ingin memasuki rumahnya ketika itu, suaminya sedang bersama dengan hamba perempuan bermesra di atas katil. Lalu beliau hanya menutup pintu dan beredar. Pada hari lain didapati suaminya memukul hamba perempuan tersebut, lalu Hafsah berkata kepada suaminya: Kenapa kamu memukul pengantin? suaminya tertawa dan menjawab: Saya tahu yang kamu mengetahui, oleh itu, budak ini ku hadiahkan kepadamu.


Sunday, August 2, 2009

Silaturrahim...


Silaturrahim...
Silah = maknanya hubungan, Ar-Rahim maknanya pertalian manusia dari segi keturunan dan disebut juga kerabat atau keluarga.

Memutuskan silaturrahim tergolong dalam dosa-dosa besar sepertimana yang diterangkan dalam Hadis Nabi s.a.w.

Oleh itu, agenda silturrahim menjadi salah satu agenda utama pentadbiran negara. Negara yang tidak mementingkan hubungan silaturrahim adalah negara Yahudi(banyak orang-orang tua yang dikumpulkan dalam 1 pusat)

Menghubungkan silaturrahim bukan maksudnya membalas kunjungan atau berbaik2 dengan kerabat. Ada di terangkan dalam 1 hadis nabi s.a.w: Searang sahabat bertanya Rasullah s.a.w, Ya Rasullah aku selalu menziarahi kerabatku walaupun mereka tidak pernah menziarahi aku, aku selalu berbaik-baik dengan mereka sedang mereka menzalimiku, aku selalu berkata dengan lemah lembut dengan mereka, namun mereka berkata-kata keji dengan aku. Rasullah s.a.w menjawab kesabaranmu itu, akan dapat menarik rahmat Allah.

Peringatan bagi semua pejuang agama ALLAH agar tidak memutuskan silaturrahim kerana perbuatan ini pasti akan menghalang kemenangan perjuangan agama yang tinggi.

dari satu riwayat ada menyatakan Nabi s.a.w adalah pembuka pintu syurga, namun sebelum Nabi memasuki syurga terdapat seorang wanita yang mendahului baginda. Lalu bagin da bertanya gerangan wanita tersebut dan mendapati wanita itu menjaga anak-anak yatim(anak-anak nya yang kematian ayah) dikala usianya. Wanita itu dimaukkan dahulu ke syurga bukan kerana kemuliaan nya dari baginda nabi s.a.w, tapi adalah kemulian yang diberikan ALLAH ke atas wanita tersebut.

Hadis Nabi s.a.w ada menyatakan mana-mana orang membela anak-anak yatim dijanji baginya syurga selagi mana tiada dosa yang tidak dapat diampunkan(syirik).

Sekian.