Showing posts with label munyatul musolli. Show all posts
Showing posts with label munyatul musolli. Show all posts

Monday, July 27, 2009

Ketua/Kepimpinan


Hadis Nabi s.a.w dari Ibnu Abbas r.a:
"muliakan dan besarkan oleh kamu akan sultan kerana ia adalah ketinggian dan bayang-bayang ALLAH di Bumi andai ia adil".

Saidina Umar r.a bertanya kepada Rasullah s.a.w: "Ya Rasullah ceritakan kepada aku sultan/raja/pemerintah yang hebat dan perlu dihormati? Rasullah menjawab: "Raja itu adalah bayang-bayang ALLAH di bumi yang mana apabila baik ia, bagi raja tersebut pahala dan bagi rakyatnya syukur. Andaikata ia jahat,maka baginya dosa dan rakyatnya perlu bersabar".

Dan sabda Nabi s.a.w lagi:"Sesiapa yang tidak menjaga amanah kepada rakyatnya dan tidak mendengar nasihat rakyatnya,nescaya ALLAH akan memutuskan rahmat ke atasnya(raja yang zalim itu)".

Malik bin Dinar berkata "saya telah mendengar firman ALLAH dalam Quran:Aku Raja bagi segala raja-raja. Hati segala raja berada di dalam tanganku,maka barangsiapa yang taat kepadaKu, maka baginya rahmat. dan sesiap yang bermaksiat kepadaKu,maka baginya seksa, bila berlaku sedemikian, jangan dicela dan dimaki gol. itu, malah kamu bertaubat dan memohon agar dilembutkan hati mereka.

Raja/Pemerintah perlu senantiasa mengingati firman Allah dalam surah shaad 38:26 maksudnya:
"Hai Daud, sesungguhnya Kami menjadikan kamu khalifah(penguasa) di muka bumi,
maka berilah keputusan (perkara) di antara manusia dengan adil dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu,
karena ia akan menyesatkan kamu dari jalan Allah. Sesungguhnya orang-orang yang sesat darin jalan Allah akan mendapat azab yang berat,
karena mereka melupakan hari perhitungan".

Sebagaimana kisah Nabi Sulaiman Bin Daud yang mengadili 2 orang berbantah2 dan Baginda telah melebihi 1 orang dari yang lain disebabkan kasihnya,
maka disebabkan kejadiaan ini, ALLAH telah menanggalkan kerajaan Nabi Sulaiman.

Dari Mu'akil bin Yasar mendengar ia Nabi s.a.w bersabda: Tiada seorang raja/pemerintah yang tidak diberi nasihat oleh rakyatnya akan mencium bau syurga.

Riwayat dari Abdur Rahman katanya sabda Nabi s.a.w:
Jangan kau minta untuk jadi ketua/pemerintah. Tapi andaikata kau dilantik sebagai pemerintah tanpa diminta, nescaya akan ditolong oleh ALLAH.
Andaikata, kau menjadi pemerintah dengan permintaan kau sendiri, maka ALLAH akan menyerahkan segala urusan kembali kepada dikau tanpa diberi sebarang bantuan.

KELEBIHAN ADIL
Setiap raja diwajibkan berlaku adil. Setiap raja yang adil itu wajib dikasihi oleh rakyatnya. dan yang zalim akan berpisah(dibenci/dijauhi) oleh rakyatnya.

Zaman yang terbaik adalah pada ketika zaman raja yang adil.

Sabda Nabi s.a.w: Amal(pemerintahan) ketua yang adil kepada rakyatnya sehari adalah lebih baik dari ketua yang adil terhadap isi rumahnya selama 100tahun.

Sunday, May 31, 2009

Solat Sunat Yang dituntut untuk diamalkan-Munyatul Musolli m/s 26-27


Solat sunat mua'akad seharusnya dikekalkan adalah:-
1.

Friday, May 29, 2009

Solat Sunat Rawatib-Munyatul Musolli,m/s26

Solat sunat rawatib adalah juga dikenali sebagai tawabi’(medinyatakan qabliah/ba’diah(dahulu/kemudian).
ngikut) fardhu. Oleh itu, menunaikan solat sunat rawatib mesti
Bagi solat sunat yang tiada qabliah/ba’diah, memadai hanya dinyatakan secara umum. Seperti “aku solat sunat asar 2 rakat kerana Allah”.

Solat Sunat Rawatib terbahagi kepada 2 :-

1. Sunat Mua’kad(sangat dituntut)(10 rakaat)
i. 2 rakaaat sebelum solat Subuh
ii. 2 rakaat sebelum&2 rakaat sesudah solat Zuhor
iii. 2 rakaat sesudah solat Maghrib
iv. 2 rakaat sesudah solat Isya’

2. Sunat Ghairu Mua’kad(tidak sangat dituntut)(12 rakaat)
i. 2 rakaat sebelum solat Zuhor & 2 rakaat selepas solat Zuhor
ii. 4 rakaat sebelum solat Asar
iii. 2 rakaat sebelum solat Maghrib
iv. 2 rakaat sebelum solat Isya’