Saturday, February 13, 2010

Ila , Li'an, & Zihar

Ila, Li'an, Zihar

Ila = Sumpah(dengan nama Allah/sifatNYA) yang dinyatakan untuk tidak bersama isteri, sama ada disertakan tempoh atau tidak.

Perlakuan Ila ini wajib dilaporkan kepada Qadi(Hakim mahkamah syariah), Hakim akan menjatuhkan tempoh berpisah sementara bagi pasangan tersebut selama 4 bulan.
Tempoh berpisah sementara ini dikenali sebagai Li'an.

Selepas tempoh 4 bulan, pasangan akan dipanggil semula dan sisuami perlu akan dipaksa menarik semula sumpahan tersebut dan membayar kafarah sumpah.

Andai, si suami masih berdegil dengan sumpahan nya, ia akan dipaksa menceraikan isterinya, jika ia masih berdegil, Qadi akan menceraikan isterinya dengan talak satu.

Ila ini hanya diiktibar kepada suami yang sihat(tidak uzur). Andai suami yang uzur(e.g. mati pucuk), dia akan diminta menarik balik sumpahnya dan menyatakan "andai aku mampu,akan kusetubuhimu"

Kata Saidina Ali r.a : Lelaki yang buat ila terhadap isterinya, tidak tertalak isterinya walaupun sudah melebihi 4 bulan, selagi mana, si suami tidak menentukan keputusan yang hendak diambil(mengambil semula/lepaskan).

Kafarah sumpah perlu dibayar bagi orang yang melanggar sumpah disebabkan kesalahan menggunakan nama ALLAH untuk kepentingan diri sendiri.

Andaikata seseorang bersumpah untuk melakukan maksiat. e.g: "aku bersumpah untuk minum arak", maka wajib melanggar sumpahnya dan membayar sumpah.

Kafarah sumpah ini adalah :
1. Bebaskan seoarang hamba yang sempurna anggota atau
2. Berpuasa 2 bulan berturut - turut atau
3. Memberi makan 60 orang miskin/fakir, sebanyak 60 cupak(60 kg).
turutan kafarah ini adalah melihat kepada kemampuan seseorang hamba.

ZIHAR

Berasal dari perkataan ZAHRUN = belakang.

Zihar berlaku andai si suami berkata, iaitu menyamakan mana-mana isteri dengan mahramnya(si suami).

Asal Zihar: dari amalan jahiliyah, sebagai cara untuk memisahkan isteri.

Zihar ini ada diceritakan dalam surah Al Mujadillah. Surah ini diturunkan disebabkan datang seorang perempuan yang datang berjumpa dengan nabi dan bertanya hukum dari amalan jahiliyah yang diamalkan.
Lalu pada ketika itu, tiada sebarang hukum yang diturunkan atas perkara tersebut. Nabi meminta dia pulang dahulu sehingga diturunkan wahyu oleh Jibril.

Lafaz Zihar ini juga terbahagi kepada 2 bahagi:
1. Soreh(jelas)
sebarang ucapan atau perkataan yang mempunyai maksud yang jelas menunjukkan zihar. e.g. "punggungmu adalah sama seperti ibu ku"

2. Kinayah(samar/mempunyai double meaning)
Sebarang lafaz yang boleh ditafsirkan dengan maksud yang lain. Hanya boleh disabitkan dengan pengakuan dengan niat si suami. e.g: "bagiku engkau adalah seperti ibuku" lafaz ini boleh ditafsirkan sebagai zihar atau boleh ditafsirkan sebagai pujian berkenaan akhlak si isteri atau ibadah atau lain-lain sifat mulia.

Andai lafaz talaq diucapkan selepas zihar, maka hukum talaq akan diambil.

Andai selepas Zihar, ingin bersama isteri, maka lafaz zihar perlu ditarik balik dan wajib membayar kafarah(sama seperti kafarah sumpah).

Andai pasangan itu, telah bersetubuh sebelum membayar kafarah zihar, maka dihukumkan haram dan berdosa, tapi tidak sehingga hukum berzina.

Berlaku di zaman Nabi s.a.w: Seorang sahabat yang melakukan zihar di bulan Ramadhan, lalu datang ia berjumpa nabi. Nabi menyuruh ia menunaikan kafarah zihar, lalu dikata kepada nabi bahawaia tidak mampu.
Lalu Nabi s.a.w telah memesan kepada penjaga baitulmal agar menyerahkan bakul yang sedang dipegang untuk diberikan kepada Fakir miskin kepada sahabat tadi danmnyuruh sahabat tadi menunaikan kafarah zihar dengan pemberian itu.

Di nakal dari :
Kuliah Ust. Harun Din
Khamis 4 Feb 2010, Surau An-Nur