Tuesday, June 2, 2009

Kasih Sayang


Berkasih sayang adalah fitrah makhluk ALLAh S.W.T. Namun di atas fitrah yang sama mengapa ALLAH begitu menekankan isu mengekalkan hubungan/silaturrahmi/hubungan kasih sayang(yang hak) sepertimana firmanNYA.

"Hai sekalian manusia, bertakwalah kepada Tuhan-mu yang telah menciptakan kamu dari seorang diri, dan dari padanya Allah menciptakan isterinya; dan dari pada keduanya Allah memperkembang biakkan laki-laki dan perempuan yang banyak. Dan bertakwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu"(An Nisa':1)

Penekanan terhadap isu ini sehingga terdapat ayat amaran berkenaan orang yang memutusakan kasih/silaturrahmi dikalangan manusia(Ibu dan anak, anak dan bapa, sesama saudara dll) sepertimana dalam firmanNYA:

"Orang-orang yang merusak janji Allah setelah diikrarkan dengan teguh dan memutuskan apa-apa yang Allah perintahkan supaya dihubungkan dan mengadakan kerusakan di bumi, orang-orang itulah yang memperoleh kutukan dan bagi mereka tempat kediaman yang buruk (Jahannam)" (Ar Rad':13) "Mereka itulah orang-orang yang dila'nati Allah dan ditulikan-Nya telinga mereka dan dibutakan-Nya penglihatan mereka"(Muhammad : 23)

Dengan ini,dapat kita gambarkan dan bandingkan betapa tuntutan untuk mengekal/menyambung silaturahmi dan menjauhi memutuskan kasih.

Sunday, May 31, 2009

Solat Sunat Yang dituntut untuk diamalkan-Munyatul Musolli m/s 26-27


Solat sunat mua'akad seharusnya dikekalkan adalah:-
1.

Friday, May 29, 2009

Solat Sunat Rawatib-Munyatul Musolli,m/s26

Solat sunat rawatib adalah juga dikenali sebagai tawabi’(medinyatakan qabliah/ba’diah(dahulu/kemudian).
ngikut) fardhu. Oleh itu, menunaikan solat sunat rawatib mesti
Bagi solat sunat yang tiada qabliah/ba’diah, memadai hanya dinyatakan secara umum. Seperti “aku solat sunat asar 2 rakat kerana Allah”.

Solat Sunat Rawatib terbahagi kepada 2 :-

1. Sunat Mua’kad(sangat dituntut)(10 rakaat)
i. 2 rakaaat sebelum solat Subuh
ii. 2 rakaat sebelum&2 rakaat sesudah solat Zuhor
iii. 2 rakaat sesudah solat Maghrib
iv. 2 rakaat sesudah solat Isya’

2. Sunat Ghairu Mua’kad(tidak sangat dituntut)(12 rakaat)
i. 2 rakaat sebelum solat Zuhor & 2 rakaat selepas solat Zuhor
ii. 4 rakaat sebelum solat Asar
iii. 2 rakaat sebelum solat Maghrib
iv. 2 rakaat sebelum solat Isya’