Sunday, November 14, 2010

French Bagueete

Salam Alaik,

Malam ni buat roti...lagi... keputusan yang diperolehi masih agak sama,walaupun terdapat beberapa perubahan positif yang diperolehi...

Namun untuk cadangan seterusnya adalah seperti resepi di bawah:
1. Campurkan yeast+air suam+campuran tepung/garam
2. kacau dan biarkan tepung bercampur dengan rata bersama air yeast
3. biarkan selama 3 jam dan di tutup dengan kain
4. campurkan tepung yang selebihnya
5. Uli selama 10 minit dengan sentiasa memercikkan sedikit tepung di permukaannya(mengurangkan melekat)
6. Bahagi 2 doh yang terhasil dan bentukkan kepada bentuk yang digemari. Biarkan selama 1 jam dan ditutup dengan kain
7. Panaskan oven kepada 240celcius, letakkan sedikit tepung di baking pan
8. Letakkan doh yang sudah naik ke atasnya, dan terus masukkan kedalam oven(yang sudah mempunyai semangkuk air)
9. Maasak selama 25 minit, selepas 15minit, keluarkan air yang dimasukkan. dan teruskan memasak selama 10 minit lagi.

Dah siap.
Sekian, selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment