Puasa di bulan Ramadhan adalah antara Rukun Islam yang tertakluk kepada semua mukallaf.
Puasa adalah menahan diri dari lapar dan dahaga dan perkara2 yang membatalkan puasa dari terbit fajar hingga terbenam matahari.
Berikut adalah beberapa amalan sunat semasa berpuasa untuk mencapai kesempurnaan:-
1. Berbuka dengan memakan Rutob(kurma yang masih muda)
2. Berbuka dengan memakan Busrin(Kurma yang "merah")
3. Memakan tamar
4. Meminum air zam-zam
5. Meminum air biasa
6. Memakan Hulwu(Manisan yang tidak dimasak dengan api)
7. Memakan Halwa(Manisan yang dimasak dengan api e.g:kuih manis/bubur dll)
8. Tidak bertangguh dalam berbuka, dan melewatkan sahur(sehingga rubu' saah >< 10-15minit sebelum azan suboh)
9. Dimulai berbuka puasa dengan doa
10. Menjaga solat witir
Memperbanyakkan tilawah dan tadabbur(memikirkan maksud ayat Quran)
11. Memperbanyakkan solat - solat sunat e.g: Rawatib, Hajat, Dhuha, Taubat
12. Menjaga dengan bersungguh-sungguh hati dan anggota dari maksiat
13. Membanyakkan berdoa
14. Bersungguh sungguh di malam 10 terakhir ramadhan bagi mencari malam Lailatul Qadar(e.g: Puasa bermula pada hari ahad/Rabu, Laliatul Qadar dijangka pada 29)
15. Meniggalkan perkara yang sia-sia e.g mengumpat
CArilah puasa bagi khawas(Puasa kerana ALLAh dan berpuasa Zahir dan Batin dan i/Allah akan mendapat ganjaran), bukan sekadar orang awam(hanya terangkat tuntuatan puasa, tidak mendapat pahala dan hanya lapar dan dahaga) sahaja.
Di naqal dari kuliah Dhuha
Madrasah Allahyarham Ust. Ghaus
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment