Tuesday, October 20, 2009

DOSA MEMINUM ARAK


Bab yang ke3: Orang yang meminum arak/tuak
Allah melaknat orang yang menjual,menyediakan, meminum, dan membeli arak.

"Hai orang2 yang beriman,sesungguhnya khamar(arak), berjudi, menyembelih untuk selain dari ALLAH, mengundi nasib dengan panah, adalah termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan(5:90)

Pada hari kiamat, orang meminum arak akan:-
1. Hitam mukanya
2. Biru matanya
3. Lidah terjulur hingga ke dada
4. Mengalir nanah dari mulutnya
5. Benci semua manusia kepadanya, walaupun dari orang yang di dalam neraka

Orang yang meminum arak;tidak akan diterima amalannya selama 7 hari, manakala orang yang hilang akal(mabuk) kerana meminum arak, tidak akan diterima amalannya selama 40 hari.

Adalah haram untuk memberi salam, berbuat baik,memberi minum,tinggal serumah/sebilik, menziarahi ketika sakit,mensolatkan jenazahnya bagi peminum arak.
Kerana dosa meminum arak adalah sama seperti orang menyembah berhala. Apabila mabuk orang itu tidak akan sedar apa yang diucapkan dalam keadaan mabuk an boleh mengucapkan/berkelakuan yang mensyirikkan ALLAH.
Hilang akal yang disengajakan(mabuk disebabkan minum arak) adalah dihukumkan sama seperti orang yang sihat(akil dan baligh).

BAgi orang yang sudah merasai arak didunia, maka diharamkan baginya merasai arak syurga.
*seteguk arak syurga akan terasa nikmatnya selama 80tahun. dan arak syurga tidak memabukkan.

Diriwayatkan orang yang membantu orang meminum arak adalah seperti meruntuhkan agama.

*Ahli neraka, akan dijadikan sangat besar(apabila ia duduk bersila,dari hujung lutut ke hujung lagi satu adalah sejauh 450km) agar kesakitan yang dialami akan dirasai lebih menyakitkan dan pedih.

*Haram untuk menjawab salam dari perempuan ajnabi(bukan mahram)

No comments:

Post a Comment