Tuesday, October 20, 2009
MUKADDIMAH KITAB
Kitab ini adalah karangan Muhammad bin Ismail gelarannya Daud Fathani.
Kitab ini akan membincangkan perkara-perkara tersebut:
1. Iman dan Islam
2. Hadis(peringatan) bagi orang yang meninggalkan solat
3. Hukum bersuci
4. Hukum beristinjak
5. Hukum mengambil wudhu'
6. Hukum Mandi Junub
7. Hukum mandi haid& NIfas
8. mandi-mandi sunat
9. Penerangan Haid, nifas dan istihadhah
10. Hukum bertayamum
11. Cara menghilangkan najis
12. Menyatakan segala syarat, rukun dan perkara yang membatalkan solat
13. Kaifiat sujud sahwi
14. Solat -solat sunat yang lain
15. Solat berjemaah
16. Solat Jama' dan qasar
17. Solat jumaat
18. Solat Hari Raya, gerhana, minta hujan, mayat,
19. Doa selepas solat
Diambil dari nabi s.a.w, sahabatnya, dan orang yang terdahulu.
Kitab dimulai dengan nama allah bagi mengambil keberkatan pada nama ALLAH(keberkatan itu datang dari ALLAH bukan dari namanya)
Pujian kepad aALLAH tuhan yang memfardhukan solat ke atas hamba tuhan.Dan solat itu dijadikan ALLAH sebagai tiang agama yang sebenar.
Dan dijadikan ALLAH 5 solat dalam 5 waktu.
Bagi orang yang menyempurnakan solat, ia akan menjadi nur ke atas dirinya dan sebagai kafarah bagi dosa-dosa kecil.
Tuhan menyuruh kita bersembahyang dan ALLAH jua yang menegah kita dari berbuat dosa yang besar dan keji termasuk maksiat maksiat. Tegahan ALLAH telah didatangkan dengan segala nas yang mutlak dan ayat yang menakutkan.
Pengarang menulis risalah ini,di atas permintaan kekasih(guru).
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment