Tuesday, October 20, 2009

MENDERHAKAI IBU BAPA


Menderhaka kepada Ibu Bapa
Diriwayatkan seoarang yang menderhakai ibu bapa nya akan di tempatkan berhampiran dengan kedudukan syaitan dalam neraka.

*Derhaka= adalah perbuatan/kelakuan/percakapan yang menyakiti ibu bapa

MAnakala, apabila berbuat bakti kepada ibu bapa akan dimasukkan ke dalam syurga yang penghuninya dipenuhi nabi2.
*di dalam hadis hanya dinyatakan berbuat bakti tidak disebut mentaati, kerana mentaati ibu bapa idak bersifat mutlak. Hanya tertakluk kepada perkara2 baik dan manfaat kepada dunia, tidak termasuk akidah.

Sabda NAbi s.a.w, pada malam mi'raj, beberapa kaum tergantung pada karamah padahal berada mereka di dalam neraka. Ditanya nabi kepada Jibril, kenapa mereka dimasukkan ke dalam neraka? dijawab; Mereka dimasukkan ke dalam neraka kerana suka memaki hamun ibu bapa.

Wasiat nabi s.a.w adalah;
1. Jangan tinggalkan solat
2. Berbuat bakti kepada Ibu Bapa
3. JAngan disakiti hamba sahaya;-
-menyuruh berbuat perkara yang tidak mampu
-Mengeluarkan kata-kata kesat kepadanya

Kalau buat bakti kepada ibu bapa akan bertambah panjang umurnya, sabda nabi s.a.w:
Demi tuhan yang menjadikan aku dengan tangan kudratnya; Bagi 1 orang hamba yang sudah tinggal 3 tahun baki umurnya, maka bila berbuat bakti hamba tersebut terhadap ibu bapa. oleh itu, ALLAh telah menyambung umurnya sehingga 30 tahun.
*3 tahun yang tinggal dipanggil ajal mualaf, dan 30 tahun itu adalah ajal mubram

Sabda NAbi s.a.w lagi: sesiapa yang derhaka akan ibu bapa adalah sama dengan menentang ALLAH dan Rasulnya.

Sabda NAbi s.a.w: 3 golongan yang akan memasuki neraka yang dasyat adalah:
1. Menderhakai Ibu Bapa
2. Penzina
3. Syirik kepada ALLAH

Riwayat orang-orang soleh: aku masuk pada 1 perkuburan, maka terlihat aku akan asap yang keluar dari 1 lubang kubur, dan keluar dari dalamnya seorang lelaki yang hitam terbakar yang pada tangannya terdapat sebuah penukul.
Depan lelaki tersebut terdapat seekor himar yang mempunyai wajahnya; yang dia akan memukul muka himar tersebut berulang-ulang kali. lalu apabila aku meneruskan perjalanan ku lagi,aku dapati seorang perempuan yang berteriak,
lalu aku bertanya kepada nya mengapa; dan dijawab lelaki tersebut menjadi demikian adalah kerana akibat derhaka kepada Ibu Bapa nya.

Apabila kita berdoa adalah sebaiknya memohon terhadap perkara2 tersebut:
1. Berlindung dari kerja-kerja isi neraka
2. Berlindung dari putus asa
3. Memohon keampunan dari tuhan yang maha pemurah lagi mengsihani


Isi kandungan artikel ini dinaqal dari pengajian di Puchong Indah
20Okt2009
1925-2025

No comments:

Post a Comment