Tuesday, October 20, 2009

MUKADDIMAH KITAB


Kitab ini adalah karangan Muhammad bin Ismail gelarannya Daud Fathani.

Kitab ini akan membincangkan perkara-perkara tersebut:
1. Iman dan Islam
2. Hadis(peringatan) bagi orang yang meninggalkan solat
3. Hukum bersuci
4. Hukum beristinjak
5. Hukum mengambil wudhu'
6. Hukum Mandi Junub
7. Hukum mandi haid& NIfas
8. mandi-mandi sunat
9. Penerangan Haid, nifas dan istihadhah
10. Hukum bertayamum
11. Cara menghilangkan najis
12. Menyatakan segala syarat, rukun dan perkara yang membatalkan solat
13. Kaifiat sujud sahwi
14. Solat -solat sunat yang lain
15. Solat berjemaah
16. Solat Jama' dan qasar
17. Solat jumaat
18. Solat Hari Raya, gerhana, minta hujan, mayat,
19. Doa selepas solat
Diambil dari nabi s.a.w, sahabatnya, dan orang yang terdahulu.

Kitab dimulai dengan nama allah bagi mengambil keberkatan pada nama ALLAH(keberkatan itu datang dari ALLAH bukan dari namanya)

Pujian kepad aALLAH tuhan yang memfardhukan solat ke atas hamba tuhan.Dan solat itu dijadikan ALLAH sebagai tiang agama yang sebenar.
Dan dijadikan ALLAH 5 solat dalam 5 waktu.

Bagi orang yang menyempurnakan solat, ia akan menjadi nur ke atas dirinya dan sebagai kafarah bagi dosa-dosa kecil.

Tuhan menyuruh kita bersembahyang dan ALLAH jua yang menegah kita dari berbuat dosa yang besar dan keji termasuk maksiat maksiat. Tegahan ALLAH telah didatangkan dengan segala nas yang mutlak dan ayat yang menakutkan.

Pengarang menulis risalah ini,di atas permintaan kekasih(guru).

DOSA MEMINUM ARAK


Bab yang ke3: Orang yang meminum arak/tuak
Allah melaknat orang yang menjual,menyediakan, meminum, dan membeli arak.

"Hai orang2 yang beriman,sesungguhnya khamar(arak), berjudi, menyembelih untuk selain dari ALLAH, mengundi nasib dengan panah, adalah termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan(5:90)

Pada hari kiamat, orang meminum arak akan:-
1. Hitam mukanya
2. Biru matanya
3. Lidah terjulur hingga ke dada
4. Mengalir nanah dari mulutnya
5. Benci semua manusia kepadanya, walaupun dari orang yang di dalam neraka

Orang yang meminum arak;tidak akan diterima amalannya selama 7 hari, manakala orang yang hilang akal(mabuk) kerana meminum arak, tidak akan diterima amalannya selama 40 hari.

Adalah haram untuk memberi salam, berbuat baik,memberi minum,tinggal serumah/sebilik, menziarahi ketika sakit,mensolatkan jenazahnya bagi peminum arak.
Kerana dosa meminum arak adalah sama seperti orang menyembah berhala. Apabila mabuk orang itu tidak akan sedar apa yang diucapkan dalam keadaan mabuk an boleh mengucapkan/berkelakuan yang mensyirikkan ALLAH.
Hilang akal yang disengajakan(mabuk disebabkan minum arak) adalah dihukumkan sama seperti orang yang sihat(akil dan baligh).

BAgi orang yang sudah merasai arak didunia, maka diharamkan baginya merasai arak syurga.
*seteguk arak syurga akan terasa nikmatnya selama 80tahun. dan arak syurga tidak memabukkan.

Diriwayatkan orang yang membantu orang meminum arak adalah seperti meruntuhkan agama.

*Ahli neraka, akan dijadikan sangat besar(apabila ia duduk bersila,dari hujung lutut ke hujung lagi satu adalah sejauh 450km) agar kesakitan yang dialami akan dirasai lebih menyakitkan dan pedih.

*Haram untuk menjawab salam dari perempuan ajnabi(bukan mahram)

MENDERHAKAI IBU BAPA


Menderhaka kepada Ibu Bapa
Diriwayatkan seoarang yang menderhakai ibu bapa nya akan di tempatkan berhampiran dengan kedudukan syaitan dalam neraka.

*Derhaka= adalah perbuatan/kelakuan/percakapan yang menyakiti ibu bapa

MAnakala, apabila berbuat bakti kepada ibu bapa akan dimasukkan ke dalam syurga yang penghuninya dipenuhi nabi2.
*di dalam hadis hanya dinyatakan berbuat bakti tidak disebut mentaati, kerana mentaati ibu bapa idak bersifat mutlak. Hanya tertakluk kepada perkara2 baik dan manfaat kepada dunia, tidak termasuk akidah.

Sabda NAbi s.a.w, pada malam mi'raj, beberapa kaum tergantung pada karamah padahal berada mereka di dalam neraka. Ditanya nabi kepada Jibril, kenapa mereka dimasukkan ke dalam neraka? dijawab; Mereka dimasukkan ke dalam neraka kerana suka memaki hamun ibu bapa.

Wasiat nabi s.a.w adalah;
1. Jangan tinggalkan solat
2. Berbuat bakti kepada Ibu Bapa
3. JAngan disakiti hamba sahaya;-
-menyuruh berbuat perkara yang tidak mampu
-Mengeluarkan kata-kata kesat kepadanya

Kalau buat bakti kepada ibu bapa akan bertambah panjang umurnya, sabda nabi s.a.w:
Demi tuhan yang menjadikan aku dengan tangan kudratnya; Bagi 1 orang hamba yang sudah tinggal 3 tahun baki umurnya, maka bila berbuat bakti hamba tersebut terhadap ibu bapa. oleh itu, ALLAh telah menyambung umurnya sehingga 30 tahun.
*3 tahun yang tinggal dipanggil ajal mualaf, dan 30 tahun itu adalah ajal mubram

Sabda NAbi s.a.w lagi: sesiapa yang derhaka akan ibu bapa adalah sama dengan menentang ALLAH dan Rasulnya.

Sabda NAbi s.a.w: 3 golongan yang akan memasuki neraka yang dasyat adalah:
1. Menderhakai Ibu Bapa
2. Penzina
3. Syirik kepada ALLAH

Riwayat orang-orang soleh: aku masuk pada 1 perkuburan, maka terlihat aku akan asap yang keluar dari 1 lubang kubur, dan keluar dari dalamnya seorang lelaki yang hitam terbakar yang pada tangannya terdapat sebuah penukul.
Depan lelaki tersebut terdapat seekor himar yang mempunyai wajahnya; yang dia akan memukul muka himar tersebut berulang-ulang kali. lalu apabila aku meneruskan perjalanan ku lagi,aku dapati seorang perempuan yang berteriak,
lalu aku bertanya kepada nya mengapa; dan dijawab lelaki tersebut menjadi demikian adalah kerana akibat derhaka kepada Ibu Bapa nya.

Apabila kita berdoa adalah sebaiknya memohon terhadap perkara2 tersebut:
1. Berlindung dari kerja-kerja isi neraka
2. Berlindung dari putus asa
3. Memohon keampunan dari tuhan yang maha pemurah lagi mengsihani


Isi kandungan artikel ini dinaqal dari pengajian di Puchong Indah
20Okt2009
1925-2025

Friday, August 7, 2009

POLIGAMI & KECEMBURUAN WANITA


Saya cemburu kepadamu dari mataku dan diriku
Dan daripadamu dan daripada zamanmu dan tempat
Jika saya menyembunyikan kamu dlam mataku
Sehingga hari kiamat tidak mencukupkanku

Maksud syair di atas adalah terang dan tidak memerlukan penjelasan yang lebih terperinci.

Terdapat pepatah lama yang mengatakan:
Kenikmatan perempuan menurut ukuran syahwatnya, & kecemburuannya menurut ukuran cintanya

Ketahuilah wahai sahabat2 ku semua wanita WAJIB mengetahui bahawa poligami adalah sunnatullah dalam ciptaanNYA.

Bila ditanya orang kepada Umar, Berapa seorang mukmin itu berkahwin? Umar menjawab: 2 (Kaifah Tasbina Zaujah, hal.20)

Wanita yang berjaya adalah wanita yang dapat memberikan kedamaian kepada suaminya dengan kesakitan dan ratapan, dia rugi di dunia.(beringatlah, sesungguhnya kerugian di akhirat itu adalah kerugian yang nyata.

Contoh yang paling baik bagi wanita untuk mengedalikan kecemburuan adalah mengikut Hafsah binti Sirin:
Hafsah inti Sirin berkata: apa yang hendak dimalukan seorang perempuan apabila cemburu? Pada satu hari beliau ingin memasuki rumahnya ketika itu, suaminya sedang bersama dengan hamba perempuan bermesra di atas katil. Lalu beliau hanya menutup pintu dan beredar. Pada hari lain didapati suaminya memukul hamba perempuan tersebut, lalu Hafsah berkata kepada suaminya: Kenapa kamu memukul pengantin? suaminya tertawa dan menjawab: Saya tahu yang kamu mengetahui, oleh itu, budak ini ku hadiahkan kepadamu.


Sunday, August 2, 2009

Silaturrahim...


Silaturrahim...
Silah = maknanya hubungan, Ar-Rahim maknanya pertalian manusia dari segi keturunan dan disebut juga kerabat atau keluarga.

Memutuskan silaturrahim tergolong dalam dosa-dosa besar sepertimana yang diterangkan dalam Hadis Nabi s.a.w.

Oleh itu, agenda silturrahim menjadi salah satu agenda utama pentadbiran negara. Negara yang tidak mementingkan hubungan silaturrahim adalah negara Yahudi(banyak orang-orang tua yang dikumpulkan dalam 1 pusat)

Menghubungkan silaturrahim bukan maksudnya membalas kunjungan atau berbaik2 dengan kerabat. Ada di terangkan dalam 1 hadis nabi s.a.w: Searang sahabat bertanya Rasullah s.a.w, Ya Rasullah aku selalu menziarahi kerabatku walaupun mereka tidak pernah menziarahi aku, aku selalu berbaik-baik dengan mereka sedang mereka menzalimiku, aku selalu berkata dengan lemah lembut dengan mereka, namun mereka berkata-kata keji dengan aku. Rasullah s.a.w menjawab kesabaranmu itu, akan dapat menarik rahmat Allah.

Peringatan bagi semua pejuang agama ALLAH agar tidak memutuskan silaturrahim kerana perbuatan ini pasti akan menghalang kemenangan perjuangan agama yang tinggi.

dari satu riwayat ada menyatakan Nabi s.a.w adalah pembuka pintu syurga, namun sebelum Nabi memasuki syurga terdapat seorang wanita yang mendahului baginda. Lalu bagin da bertanya gerangan wanita tersebut dan mendapati wanita itu menjaga anak-anak yatim(anak-anak nya yang kematian ayah) dikala usianya. Wanita itu dimaukkan dahulu ke syurga bukan kerana kemuliaan nya dari baginda nabi s.a.w, tapi adalah kemulian yang diberikan ALLAH ke atas wanita tersebut.

Hadis Nabi s.a.w ada menyatakan mana-mana orang membela anak-anak yatim dijanji baginya syurga selagi mana tiada dosa yang tidak dapat diampunkan(syirik).

Sekian.

Monday, July 27, 2009

Ketua/Kepimpinan


Hadis Nabi s.a.w dari Ibnu Abbas r.a:
"muliakan dan besarkan oleh kamu akan sultan kerana ia adalah ketinggian dan bayang-bayang ALLAH di Bumi andai ia adil".

Saidina Umar r.a bertanya kepada Rasullah s.a.w: "Ya Rasullah ceritakan kepada aku sultan/raja/pemerintah yang hebat dan perlu dihormati? Rasullah menjawab: "Raja itu adalah bayang-bayang ALLAH di bumi yang mana apabila baik ia, bagi raja tersebut pahala dan bagi rakyatnya syukur. Andaikata ia jahat,maka baginya dosa dan rakyatnya perlu bersabar".

Dan sabda Nabi s.a.w lagi:"Sesiapa yang tidak menjaga amanah kepada rakyatnya dan tidak mendengar nasihat rakyatnya,nescaya ALLAH akan memutuskan rahmat ke atasnya(raja yang zalim itu)".

Malik bin Dinar berkata "saya telah mendengar firman ALLAH dalam Quran:Aku Raja bagi segala raja-raja. Hati segala raja berada di dalam tanganku,maka barangsiapa yang taat kepadaKu, maka baginya rahmat. dan sesiap yang bermaksiat kepadaKu,maka baginya seksa, bila berlaku sedemikian, jangan dicela dan dimaki gol. itu, malah kamu bertaubat dan memohon agar dilembutkan hati mereka.

Raja/Pemerintah perlu senantiasa mengingati firman Allah dalam surah shaad 38:26 maksudnya:
"Hai Daud, sesungguhnya Kami menjadikan kamu khalifah(penguasa) di muka bumi,
maka berilah keputusan (perkara) di antara manusia dengan adil dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu,
karena ia akan menyesatkan kamu dari jalan Allah. Sesungguhnya orang-orang yang sesat darin jalan Allah akan mendapat azab yang berat,
karena mereka melupakan hari perhitungan".

Sebagaimana kisah Nabi Sulaiman Bin Daud yang mengadili 2 orang berbantah2 dan Baginda telah melebihi 1 orang dari yang lain disebabkan kasihnya,
maka disebabkan kejadiaan ini, ALLAH telah menanggalkan kerajaan Nabi Sulaiman.

Dari Mu'akil bin Yasar mendengar ia Nabi s.a.w bersabda: Tiada seorang raja/pemerintah yang tidak diberi nasihat oleh rakyatnya akan mencium bau syurga.

Riwayat dari Abdur Rahman katanya sabda Nabi s.a.w:
Jangan kau minta untuk jadi ketua/pemerintah. Tapi andaikata kau dilantik sebagai pemerintah tanpa diminta, nescaya akan ditolong oleh ALLAH.
Andaikata, kau menjadi pemerintah dengan permintaan kau sendiri, maka ALLAH akan menyerahkan segala urusan kembali kepada dikau tanpa diberi sebarang bantuan.

KELEBIHAN ADIL
Setiap raja diwajibkan berlaku adil. Setiap raja yang adil itu wajib dikasihi oleh rakyatnya. dan yang zalim akan berpisah(dibenci/dijauhi) oleh rakyatnya.

Zaman yang terbaik adalah pada ketika zaman raja yang adil.

Sabda Nabi s.a.w: Amal(pemerintahan) ketua yang adil kepada rakyatnya sehari adalah lebih baik dari ketua yang adil terhadap isi rumahnya selama 100tahun.

Sunday, July 19, 2009

Coretan Dari Hati




Salam Alaik,

Hari ini ana telah dikejutkan sekali lagi dengan sikap dan sifat makhluk bergelar manusia...
Ana berjumpa dengan seorang tua...dan dia menyatakan betapa kejahilannya berkenaan agama ALLAH dan kehidupan yang telah dilalui hampir 6 dekad yang lalu.

Terdapat beberapa kejahilan yang dituntunkan ie:
1. Kejahilan berkenaan Munakahat
2. Kejahilan berkenaan muamalat
3. Kejahilan berkenaan adat dan adab
4. Kejahilan dalam berdebat
5.Kejahilan dalam bab mengawal kemarahan

Ada beberapa persoalan yang ingin ana timbulkan:
1. Macam mana 2 pihak ingin berbincang dalam keadaan sebelah pihak penuh dengan prejudis dan mempunyai hati yang tertutup dengan sebarang perbincangan...? Pihak R berhajat perbincangan bersama pihak A, namun pihak R terlalu ego dan hanyut dalam kemahuan nafsu dan mengorbankan orang yang berada di bawahnya....
2. Mengapa seorang yang berjawatan besar, berpendidika tinggi, mampu menyelesaikan pelbagai masalah syarikat. Tidak mampu membantu anak-anak mengenal mana hak dan bathil?
3. Ke mana hal tuju masyarakat yang suka menghukum dan suka melihat kesilapan orang lain dari keterlanjuran tindakan masing-masing...?
4. Gemar berada dalam keadaan fasiq dan dosa besar...justeru tidak menyedari apa yang berlaku dalam kepimpinan/kehidupan adalah hasil dari perbuatan masing-masing.

Wallahu A'lam...

Saturday, July 4, 2009

Hadis-hadis Palsu Di Bulan Rejab


Hadith lemah yang diriwayatkan berkenaan bulan Rejab adalah seperti yang dinyatakan dibawah :
"Ada sebuah sungai di surga disebut Rajab; dengan air putih dari susu dan manis daripada madu. Dia yang berpuasa sehari dari pada bulan Rajab adalah seperti orang yang berpuasa keseluruhan bulan, dia yang berpuasa tujuh hari daripanya akan diberikan perlindungan terhadap tujuh pintu neraka, dia yang berpuasa selama lapan daripanya, lapan pintu surga akan dibuka baginya, dan orang yang berpuasa sepuluh hari daripanya, maka perbuatan buruk akan berubah menjadi orang baik. "

Hadith yang dhaif/dikhuatiri palsu yang diriwayatkan bagi Bu
lan Rejab adalah:
1. "Rajab adalah bulan Allah Maha Kuasa, Sha` ban adalah bulanku, dan Ramadhan adalah bulan ummatku "Hadith ini adalah hadith dhaif yang dikhuatiri palsu. Ia juga disebutkan dalam Al-Jami `Al-Kabir oleh As-Syuti hadits ini yang dilaporkan oleh Abu Al-Fat-h ibn Abu al-Fawaris dalam bukunya Amali sebagai hadits mursal (satu hadits yang langsung dikaitkan kepada Nabi tanpa menyebutkan para sahabat yang meriwayatkan).

2.
"Barang siapa yang melakukan salat Maghrib di malam pertama Rajab, kemudian menawarkan dua puluh rakaat, dua-dua, membaca dalam setiap rakaat surah Al-Fatihah dan surah "Qul huwa Allahu Ahad," Allah swt. akan menjaga dia, keluarganya, kekayaannya, anak-anaknya, ia juga akan diberikan perlindungan terhadap hukuman dari azab kubur dan akan melalui jembatan di atas neraka seperti tanpa hisab atau terkena hukuman (di akhirat)"


Antara amalan - amalan yang tidak di syariahkan dalam ISLAM khusus diamalkan dalam bulan Rejab adalah:

1.
Puasa sepanjang Bulan. Ini tidak bertepatan dengan Hadith Nabi saw "
"Berpuasalah untuk beberapa hari di bulan suci dan tinggalkan puasa pada hari lainnya"
2. Melawat makam di Hari Jumaat pertama Bulan Rejab.
3. Tiada riwayat sahih/Hassan menceritakan kelebihan bulan rejab secara khusus.

Persitiwa Yang Berlaku Di Dalam Bulan Rejab
1.
Isra' mikraj
2. Peperangan Tabuk
3. Pembukaan semula Masjidi; Al-Aqsa oleh
Salah ad-Din Al-Ayubi (538 H)

Tuesday, June 2, 2009

Kasih Sayang


Berkasih sayang adalah fitrah makhluk ALLAh S.W.T. Namun di atas fitrah yang sama mengapa ALLAH begitu menekankan isu mengekalkan hubungan/silaturrahmi/hubungan kasih sayang(yang hak) sepertimana firmanNYA.

"Hai sekalian manusia, bertakwalah kepada Tuhan-mu yang telah menciptakan kamu dari seorang diri, dan dari padanya Allah menciptakan isterinya; dan dari pada keduanya Allah memperkembang biakkan laki-laki dan perempuan yang banyak. Dan bertakwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu"(An Nisa':1)

Penekanan terhadap isu ini sehingga terdapat ayat amaran berkenaan orang yang memutusakan kasih/silaturrahmi dikalangan manusia(Ibu dan anak, anak dan bapa, sesama saudara dll) sepertimana dalam firmanNYA:

"Orang-orang yang merusak janji Allah setelah diikrarkan dengan teguh dan memutuskan apa-apa yang Allah perintahkan supaya dihubungkan dan mengadakan kerusakan di bumi, orang-orang itulah yang memperoleh kutukan dan bagi mereka tempat kediaman yang buruk (Jahannam)" (Ar Rad':13) "Mereka itulah orang-orang yang dila'nati Allah dan ditulikan-Nya telinga mereka dan dibutakan-Nya penglihatan mereka"(Muhammad : 23)

Dengan ini,dapat kita gambarkan dan bandingkan betapa tuntutan untuk mengekal/menyambung silaturahmi dan menjauhi memutuskan kasih.

Sunday, May 31, 2009

Solat Sunat Yang dituntut untuk diamalkan-Munyatul Musolli m/s 26-27


Solat sunat mua'akad seharusnya dikekalkan adalah:-
1.

Friday, May 29, 2009

Solat Sunat Rawatib-Munyatul Musolli,m/s26

Solat sunat rawatib adalah juga dikenali sebagai tawabi’(medinyatakan qabliah/ba’diah(dahulu/kemudian).
ngikut) fardhu. Oleh itu, menunaikan solat sunat rawatib mesti
Bagi solat sunat yang tiada qabliah/ba’diah, memadai hanya dinyatakan secara umum. Seperti “aku solat sunat asar 2 rakat kerana Allah”.

Solat Sunat Rawatib terbahagi kepada 2 :-

1. Sunat Mua’kad(sangat dituntut)(10 rakaat)
i. 2 rakaaat sebelum solat Subuh
ii. 2 rakaat sebelum&2 rakaat sesudah solat Zuhor
iii. 2 rakaat sesudah solat Maghrib
iv. 2 rakaat sesudah solat Isya’

2. Sunat Ghairu Mua’kad(tidak sangat dituntut)(12 rakaat)
i. 2 rakaat sebelum solat Zuhor & 2 rakaat selepas solat Zuhor
ii. 4 rakaat sebelum solat Asar
iii. 2 rakaat sebelum solat Maghrib
iv. 2 rakaat sebelum solat Isya’